twenteen-four :D
would love to appear classy and sexy.
i dig hot and beautiful women (inside out), ladies who are classy and poise.
i am still taking in love pills, predicted to be an ongoing lifetime 'need'.
i am content with God's gift: a family, true love, true friends.
Harap maklum bahawa saya akan bertutur dalam Bahasa Melayu untuk topic hangat ini: Perbelanjaan hari perkahwinan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa hidup di Singapura memang memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi. Segalanya perlukan wang. Maka tidak hairanlah, semua rakyat Singapura bertungkus lumus untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk menampung kos yang tinggi. Dalam kita mengejar impian masing-masing, saya pasti ada juga yang mengimpikan untuk membina mahligai. Mahligai yang dipanggil: Mahligai istana rumahtangga.
Tetapi mengapa harus sesetengah masyarakat kita menghabiskan wang perbelanjaan untuk majlis mereka sehingga 50 ribu? Adakah ia satu keperluan untuk menghabiskan wang sebegitu banyak untuk mengadakan majlis jamuan makan setelah pasangan itu diijabkabulkan? Kadangkala, saya berfikir sejenak, mengapakah mereka sanggup berkerja keras dan menambahkan "beban" untuk mengadakan satu majlis yang begitu gah? Dan seperti mana yang saya perhatikan, ia mungkin kerana mereka mempunyai pendapat bahawa "perkahwinan: sekali dalam hidup" atau ada yang mungkin ingin menunjukkan kemampuan masing-masing?
Tidak kah mereka terfikir yang wang yang dihabiskan untuk majlis mereka boleh digunakan untuk hal-hal yang lebih penting seperti kos rumah, kos perkakas rumah. Istana yang bakal dibina akan memerlukan banyak wang dari majlis jamuan itu. Perbelanjaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri dan seorang ibu dan ayah kelak akan bertambah tinggi. Jadi bagi saya, sebaiknya wang yang digunakan itu harus disimpan buat kos rumah, anak, dan juga saat terdesak seperti: kos perubatan.
Tetapi, ini semua bergantung kepada hak setiap individu. Bagi saya, alam rumahtangga lebih penting dari hari perkahwinan yang bersejerah itu. Majlis jamuan boleh diadakan, tetapi lebih elok jika ia tidak menghabiskan banyak wang yang kita berkerja keras untuk. Sederhanalah dalam menghabiskan wang kerana sikap boros itu tidak digalakkan dalam Islam.
So how people? Do I still carry the title of Top malay student for N and O level? Or my malay language just sucks big time now? 6 years of no practice in speaking proper malay and what about writing in malay. So there it goes. :)